ARTIKEL

Produk kraf kaum Dayak perlu diberi keutamaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Produk kraf kaum Dayak perlu dimasukkan dalam senarai keutamaan produk kraf di bawah seliaan Majlis Kraf Sarawak.

Adun Engkelili, Dr Johnical Rayong berkata, ia kerana hasil kraf Sarawak terutamanya kraf tangan amat popular dalam kalangan pelancong luar negara kerana keunikkan dan keasliannya.

Kraf tangan kaum Dayak, katanya, amat popular dan dikenali dengan hasil produk yang berkaitan dengan kraf tangan tradisional.

“Kraf tangan seperti kain tenun atau Pua Kumbu, Baju Burie, Baju Draw, tikar dan bakul rotan, terabai dan sebagainya haruslah dimasukkan dalam senarai keutamaan produk di bawah selian Majlis Kraf Sarawak nanti.

“Disarankan untuk menyeragamkan harga produk-produk tersebut keranan takut dieksplotasikan oleh orang tengah yang mengawal harga dan mengambil kesempatan terhadap para pengeluar produk kraf ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Kraf Sarawak 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini semalam.

Johnical dalam pada itu turut mencadangkan peranan Majlis Kraf Sarawak harus diperluaskan untuk mempromosikan hasil kraf tempatan di setiap bahagian dan daerah negeri ini.

Jelasnya, majlis tersebut boleh menawarkan latihan kepada orang perseorangan mahupun yang terlibat dalam skala besar-besaran atau secara persendirian dalam industri kraf.

Di samping, katanya, menerusi majlis tersebut, bantuan sumber subsidi kewangan juga boleh diberikan kepada yang terlibat.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan