ARTIKEL

RUBIAH WANG melakukan simbolik penyerahan dividen tahunan kepada wakil peserta pada Majlis Pekebun Kecil Makmur dan Penyampaian Dividen Agropolitan Ulu Awik 2023 bertempat di Rumah Panjang Michael Nanga Risau, Awik.

Program Agropolitan boleh hapuskan kemiskinan tegar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARATOK: Sebanyak RM196 juta dibelanjakan untuk membangunkan 2,732.16 hektar bagi Program Agropolitan membabitkan 1,197 peserta.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sentiasa mencari kaedah terbaik meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Justeru katanya, Program Agropolitan merupakan satu inisiatif mencapai matlamat menghapuskan kemiskinan tegar selari dasar Projek Lonjakan Mega Luar Bandar (PLMLB) yang dilancarkan sejak 2007.

“Program Agropolitan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang teratur melibatkan pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan.

“Maka, saya memaklumkan KKDW telah membelanjakan sebanyak RM196 juta bagi keseluruhan projek dalam merealisasikan Projek Agropolitan dengan melibatkan seramai 1,197 peserta dengan jumlah keluasan 2,732.16 hektar,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Samarahan itu berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pekebun Kecil Makmur dan Penyampaian Dividen Agropolitan Ulu Awik 2023 bertempat di Rumah Panjang Michael Nanga Risau, Awik, baru-baru ini.

Beliau berharap inisiatif tersebut terus meluaskan projek yang mampu memberikan pulangan baik kepada rakyat di negeri ini.

Sekali gus mendokong aspirasi kerajaan melahirkan rakyat yang berdaya saing demi peningkatan ekonomi yang disasarkan.

Menyentuh Agropolitan Ulu Awik, katanya Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah diamanahkan oleh KKDW untuk menjayakan projek dengan fokus meningkatkan hasil sosioekonomi dan modal insan penduduk di kawasan desa.
“Tahun ini, projek yang merangkumi kawasan pembangunan seluas 349 hektar dengan 153 peserta dari 44 rumah panjang berjaya mengagihkan RM161,690 dividen,” ujarnya.

ADUN Krian Friday Belik, Pengarah Bahagian Program Khas Nor Azwa Md Salim, Setiausaha Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah Rezal Zaidi, Pengarah RISDA Sarawak Shaharuddin Saberi,

Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Plantation Sdn. Bhd. Mohamad Arif Ismail dan wakil Pegawai Daerah Saratok Laga Kueh.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU