Trending

Program akikah korban Kampung Badong rapat silaturahim

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

DARO: Bukan sekadar memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha tetapi mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan penduduk.

Itu antara hasrat murni di sebalik penganjuran program akikah beramai-ramai anjuran Jawatankuasa Pengurusan Surau Kampung Badong di sini, semalam.

Pengerusinya, Abang Shamsure Abang Wahap berkata, program tahunan yang diadakan sejak 2018 itu mendapat sambutan bukan sahaja penduduk kampung berkenaan tetapi juga kampung-kampung berhampiran.

“Peserta akikah dibahagi kepada kumpulan. Selain itu, ibadah korban juga turut diadakan jika ada peserta ingin menunaikannnya.

“Program ini merupakan sumbangan khidmat masyarakat kita kepada penduduk kampung sebagai penganjur program,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dalam pada itu, beliau menggesa semua lapisan masyarakat memanfaatkan sambutan Aidiladha sebagai platform untuk merapatkan hubungan silaturahim sedia ada.

Program menyerlahkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan penduduk.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru