ARTIKEL

Program Anti-Doping untuk atlet, jurulatih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kesedaran tentang kesan penyalahgunaan bahan terlarang dalam dunia sukan membabitkan atlet harus dipertingkatkan.

Usaha ke arah itu penting bagi mengelakkan golongan berkenaan terus menjadi mangsa musibah yang sekali gus boleh membunuh kerjaya mereka.

Justeru, penganjuran Program Anti-Doping membabitkan seramai 250 orang atlet dan 10 orang jurulatih baru-baru ini dilihat sebagai langkah tepat bagi mencapai objektif disarankan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Awang Putrayusrie Awang Redzuan memberitahu, amat penting pelaksanaan program seumpama itu diadakan.

Secara tidak langsung katanya, program seperti itu akan dapat memberi pengetahuan kepada atlet dan jurulatih terhadap kesan negatif yang bakal dialami ekoran pengambilan atau penggunaan bahan terlarang.

“Kita percaya dengan adanya program seperti ini bukan sahaja dapat memberi pengetahuan, malah meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet untuk sentiasa berwaspada agar tidak terjerat dalam musibah berkenaan,” ujar beliau.

Menurut Awang Putrayusrie, apabila berlaku permasalahan tersebut, ia juga akan memberi impak cukup besar dalam dunia sukan secara tidak langsung.

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

Tun Taib pencetus muaythai Sarawak

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, memberi implikasi cukup hebat dalam dunia sukan Sarawak. Terutama sukan tempur jarak

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,