Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Program Bank Makanan Siswa bantu jimat wang pelajar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKHEP) Cawangan Mukah berharap Program Bank Makanan Siswa dilaksanakan sepanjang masa supaya lebihan makanan dapat diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

Ketua Cawangan KPDNKHEP Mukah Salihin Den berkata, melalui program tersebut, pelajar khasnya dapat menjimatkan wang untuk perbelanjaan lain.

“Melalui program ini, ia dapat menangani kos sara hidup dihadapi pelajar yang kian meningkat selain dapat mengurangkan beban pelajar agar mereka lebih fokus kepada pembelajaran. “Ia juga dapat memupuk semangat sukarela pelajar dan memberikan pendedahan kepada pelajar untuk mengurus sesebuah organisasi dengan betul,” katanya kepada Suara Sarawak pada program itu di Politeknik Mukah semalam.

Katanya lagi, menerusi program yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama KPDNKHEP serta penyumbang lain, ia berjalan dengan lancar sejak diperkenalkan pada 22 Disember dua tahun lalu.

Beliau turut menggesa pengguna supaya sentiasa peka dan sedar akan hak mereka sebagai pengguna supaya tidak mudah tertipu serlain membuat pilihan bijak setiap kali membeli dalam urus niaga dengan peniaga.

Baca lain  Bintangor lubuk buah tin

“Kita mengalu-alukan penyertaan orang ramai di sekitar Bahagian Mukah untuk menjadi ahli KPDNKHEP, sekali gus menjadi mata dan telinga agensi itu bagi menyebarkan maklumat berhubung kepenggunaan,” ujarnya lagi.

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Peter Lau Hieng Chung mewakili Nam Leong Department Store Mukah dan Tanrapijan Serakawi dari Azka Cake House Mukah kepada Pegarah Politeknik Mukah Dullah Muluk.

Program itu merupakan inisiatif Program Bank Makanan Malaysia dua tahun lalu dan diperluaskan ke peringkat institusi pengajian tinggi awam bagi membantu mahasiswa daripada keluarga B40.

Program itu bertujuan mengambil lebihan makanan yang masih berkualiti dan boleh dimakan melalui sumbangan pasar raya, hotel, restoran dan sebagainya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru