ARTIKEL

Program bantu rakyat Sarawak miliki rumah sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melaksanakan dua program utama termasuk di bandar raya Miri sebagai usaha membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 di negeri ini.

Timbalan menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, dua program tersebut melibatkan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Menurutnya, di bawah PPR, sebanyak 12 projek melibatkan 4,791 unit rumah sudah siap dan satu projek masih dalam pembinaan.
“Terdapat satu projek masih dalam perancangan melibatkan 200 unit rumah di seluruh Sarawak.

“Di Miri, terdapat satu PPR yang siap iaitu PPR Lambir melibatkan 505 unit rumah,” katanya semasa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man pada sesi persidangan Parlimen, baru-baru ini.
Beliau berkata, bagi program RMR, ia dikendalikan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan memberi manfaat kepada golongan B40 yang mempunyai tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga.

“Hingga kini, terdapat 2,217 unit RMR yang siap dibina dan 95 unit masih dalam pembinaan.

Di Miri, terdapat 50 unit RMR yang siap serta satu unit dalam pembinaan.

“Secara keseluruhan, terdapat 7,008 unit rumah yang siap dibina, memberikan manfaat kepada kira-kira 28,000 penghuni,” ujarnya.

Menurut Akmal, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, terdapat 1,741 ketua isi rumah yang menjalani kehidupan di rumah setinggan di Bandar raya Miri sementara seramai 9,462 ahli keluarga berkongsi perumahan yang sama.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya berhasrat meneruskan kerjasama erat dengan Kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat negeri ini mempunyai akses kepada perumahan berkualiti dan terjangkau.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim