ARTIKEL

Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen Kelas B2 Parlimen Julau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Julau mengadakan program Bantuan Lesen Memandu (BLM) MYLesen Kelas B2 bagi membantu golongan yang belum mempunyai sebarang lesen motosikal.

Menurut Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien, program demikian merupakan kerjasama antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Sarikei dan Institut Memandu Sarikei.

“Program ini diadakan bagi merealisasikan hasrat untuk membantu golongan sasaran mendapatkan lesen secara sah,” kata Larry.

Pun begitu, jelasnya ada beberapa syarat yang ditetapkan untuk permohonan lesen tersebut.

“Antara syarat yang ditetapkan ialah pemohon merupakan warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dan merupakan golongan B40 serta penerima bantuan kerajaan.

“Manakala tanggungan kepada penerima bantuan kerajaan juga layak untuk memohon dan pemohon haruslah sihat dari segi fizikal dan mental.

“Pemohon juga haruslah tidak pernah mempunyai sebarang lesen memandu dan bebas daripada senarai hitam JPJ dan PDRM,” jelas Larry.

Menurut Larry, bilangan pemohon untuk memohon bantuan lesen ini adalah terhad.

“Tarikh tutup permohonan lesen ini adalah pada 30 Ogos dan kadar bayaran hanya RM250 untuk setiap pemohon,” terangnya.

Bagi sebarang pertanyaan berkaitan permohonan lesen ini, pemohon boleh menghubungi Kevin Jampang Ranggak di talian 013-8326927 (Pakan), Christina Ida Tibu 012-8529833 (Julau), Oscarl Isa 013-8864372 menerusi aplikasi WhatsApp (Julau) dan Chan Tak Kieng 014-6399976 (Institut Memandu Sarikei).

BERITA LAIN

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU