Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Program Belia Kasih Komuniti bantu 250 individu terjejas di Asajaya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SERAH...Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (empat dari kanan) menyerahkan bantuan Program Belia Kasih Komuniti 2021 kepada salah seorang penerima.

ASAJAYA: Seramai 250 penduduk dari 23 kampung kawasan Asajaya menerima bantuan sempena Program Belia Kasih Komuniti 2021 di Dewan Kampung Tambirat, di sini, hari ini.

Penyerahan bantuan berkenaan merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama persatuan belia, agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program itu bertujuan untuk menyuntik semangat keprihatinan dan kesukarelawanan dalam kalangan belia bagi membantu komuniti yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Jelasnya, cabaran pandemik termasuk isu pengangguran, isu kesihatan mental, masalah jenayah dan lain-lain antara masalah dihadapi oleh 273,400 penduduk di bahagian Samarahan atau 33,600 komuniti Asajaya.

“Justeru, objektif program ini adalah untuk menyemai sikap keprihatinan kalangan belia di Sarawak untuk menyantuni dan membantu komuniti serta mendekati permasalahan sebenar dalam kalangan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Belia Kasih Komuniti Asajaya 2021 di sini, hari ini.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak juga mengambil berat akan nasib yang dialami oleh komuniti tanpa mengambil kira latar belakang kaum, agama, tempat tinggal dan fahaman politik.

Program Belia Kasih Komuniti Asajaya melibatkan sumbangan kepada penduduk kampung berbentuk keperluan makanan termasuk beras, minyak masak, gula, teh, kopi, biskut, mi segera, milo dan makanan tin.

Majlis sama turut menyaksikan seramai 389 pelajar daripada 16 buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah menerima Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News