SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak diteruskan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERKONGSI REZEKI... Nancy mengagihkan bubur lambuk kepada kepada orang ramai sempena program Bubur Lambuk & Sumbangsih Ramadan Media Sarawak di pekarangan Masjid Darul Hana, turut kelihatan Abdul Rahman.

KUCHING: Program Bubur Lambuk dan Sumbangsih Ramadan Media Sarawak diteruskan di lokasi kedua di pekarangan Masjid Darul Hana, di sini, hari ini.

Program tersebut merupakan kesinambungan kepada lapan siri yang bermula pada 25 Mac (Sabtu) lalu di sekitar kawasan Metro City.

Nancy bersama Abdul Rahman ketika menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai sempena program Bubur Lambuk & Sumbangsih Ramadan Media Sarawak di pekarangan Masjid Darul Hana.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri juga hadir bagi merasmikan program tersebut.

Menurutnya, program tersebut merupakan satu inisiatif yang sangat baik melibatkan orang ramai untuk bersama-sama melakukan perkara baik di bulan Ramadan.

“Melalui usaha ini, kita dapat membantu golongan yang memerlukan dari segi pemberian makanan kering termasuk beras, gula, garam dan sebagainya.

“Justeru, kita mengalu-alukan lebih ramai masyarakat terlibat dan tampil untuk membuat derma atau sumbangan, khususnya pada bulan yang mulia ini,” katanya ketika berucap pada program tersebut.

Sementara, turut kelihatan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Pengarah Urusan Liansin Trading Sdn Bhd Junaidi Ali dan lain-lain.

Dalam pada itu, program sumbangan ini akan diteruskan lagi pada 7 April ini di lokasi yang akan ditetapkan kemudian.

Baca lain  RM600 juta untuk Kementerian Kesihatan tangani COVID-19

Untuk rekod, program tersebut merupakan anjuran Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dan Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) dengan kerjasama Urusan Liansin Trading Sdn Bhd.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru