Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Program Citrawarna di Tebingan Kuching cetus kluster baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Foto fail

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini mengisytiharkan Kluster Citrawarna, Kuching sebagai kluster baharu di Sarawak.

JPBN menerusi kenyataan berkata, ia merupakan kluster komuniti dengan kes yang terlibat secara langsung dalam Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung dari 24 hingga 27 Febuari melibatkan 50,000 kehadiran pengunjung di Tebingan Kuching.

“Kes indeks (Kes Ke-259147) bagi kluster ini merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun; warganegara tempatan yang dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 27 Februari di sebuah hospital perubatan swasta di Kuching,” katanya, hari ini.

Tambah JPBN, seramai 58 orang kontak rapat telah dikenal pasti dan menjalani saringan manakala 21 orang (termasuk kes indeks) telah dikesan positif Covid-19.

“Perebakan jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan mereka semasa menghadiri program tersebut dan telah merebak sehingga ke generasi jangkitan kedua.

“Dimaklumkan juga, seramai 24 kes positif lain yang telah dilaporkan (bukan dari kluster ini) turut mempunyai sejarah pergerakan menghadiri program tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, JPBN menggesa agar individu yang mempunyai sejarah menghadiri program tersebut di Tebingan Kuching untuk membuat pemantauan dan saringan kendiri sekiranya mengalami sebarang tanda serta gejala jangkitan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan