ARTIKEL

Program Gerak Rahmah, Jom Memasak Bubur Lambuk Perpaduan dan Sungkai Perdana 2024 sasar edarkan lebih 600,000 bubur lambuk ke seluruh negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Program Gerak Rahmah, Jom Memasak Bubur Lambuk Perpaduan dan Sungkai Perdana 2024 yang bermula serentak hari ini menyasarkan lebih 600,000 bubur lambuk untuk diedarkan ke seluruh negara.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Dagang, berkata kejayaan program sebelum ini yang merekodkan pembabitan sebanyak lebih 4,000 Kawasan Rukun Tetangga memberikan dorongan positif terhadap nilai-nilai kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Kejayaan itu, katanya, berhasil merekodkan jumlah 400,000 edaran bubur lambuk ketika program sama dilaksanakan pada tahun lalu.

“KRT adalah jentera perpaduan di peringkat komuniti yang berperanan penting memastikan keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian.

“Hingga kini, terdapat lebih 8,438 KRT yang ditubuhkan di seluruh negara, dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut mengesahkan majlis yang diadakan di Sibu itu merupakan pada peringkat kebangsaan manakala peringkat negeri di 16 buah negeri dan peringkat KRT.

Program Gerak Rahmah merupakan salah satu inisiatif bertujuan memperkasa dan mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta kesukarelawanan dalam komuniti.

Beliau berharap agar program seumpama ini dapat meningkatkan kesedaran dan menggerakkan peranan KRT sebagai ejen penyatuan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan komuniti yang lebih progresif.

Selain agihan bubur lambuk, terdapat juga program lain seperti sumbangan Bakul Rahmah, Ziarah Rahmah, dan iftar Ramadan.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU