Program imarah Ramadan dibenarkan, syarat mesti ikut SOP

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bersetuju membenarkan Program Mengimarahkan Ramadan diadakan di semua masjid dan surau negeri ini.

Pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti dan menimbang garis panduan (SOP) Majlis Islam Sarawak.

“Bagaimanapun, pelaksanaan program ini tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan pada 1 April lalu,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 Sarawak, di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, JPBNS mengambil maklum balas orang ramai mengubah SOP dengan mengambil kira keadaan semasa dan kesesuaian.

“Contohnya, pemandu lori dibenarkan mengambil satu ujian saringan Covid-19 dalam tempoh 14 hari jika mereka hendak transit ke Bintulu.

“Anda sendiri boleh lihat daerah itu mencatatkan kes yang sangat tinggi hari ini. Justeru saya berharap orang ramai faham mengapa kita perlu melaksanakan SOP ini walaupun agak ketat,” jelasnya.

…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 10 April 2021

Suara Sarawak