ARTIKEL

Program JELITA peluang wanita luar bandar jadi pemacu ekonomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Program Pemerkasaan Kerja Menerusi Pembelajaran dan Teknikal Inklusif Tambahan (JELITA) menjadi platform penting dalam usaha memperkasakan kaum wanita khususnya di luar bandar dalam sektor ekonomi menjelang tahun 2030.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, usaha ini sejajar dengan saranan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk meningkatkan 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang tempoh tersebut.

TERBAIK… Rubiah (tengah) menyantuni peserta program TVET Kursus makanan sejuk beku siri 2 dan kursus membaiki telefon bimbit siri 2.

“JELITA berhasrat untuk berdiri sebagai hab latihan dan pendidikan terkemuka khusus untuk pemerkasaan wanita melalui saluran TVET.

“Program ini terbuka kepada semua golongan peringkat wanita dengan memberi fokus kepada 10 bidang latihan TVET.

“Bagi tahun 2023, hanya empat bidang keutamaan telah dilaksanakan oleh JELITA iaitu pensijilan halal; pelancongan, hospitaliti dan kulinari; teknologi agro; dan perniagaan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutupan Program JELITA RISDA di Kampus Institut Kemajuan Desa (INFRA) Cawangan Sarawak, hari ini.

Terdahulu, seramai dua program TVET iaitu kursus makanan sejuk beku Siri 2 dan kursus membaiki telefon bimbit siri 2 membabitkan seramai 40 orang peserta telah berlangsung di Sarawak bermula 28 November sehingga 2 Disember 2023.

Dalam perkembangan sama, Rubiah menggalakkan agar peserta tempatan mengambil peluang yang disediakan dengan sebaik-baiknya.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais