ARTIKEL

Program Jualan Rahmah Bergerak pada bulan Ramadan membawa keberkatan menjelang Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Program Jualan Rahmah (PJR) Bergerak yang diadakan sempena bulan Ramadan ini sesungguhnya membawa keberkatan khususnya kepada umat Islam bagi membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Ahli Parlimen Miri,Chiew Choon Man, berkata ini kerana orang ramai dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang jauh lebih rendah di bawah program tersebut berbanding di pasar.

“Program seperti ini sudah diadakan beberapa kali, dan tujuan utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan barangan dengan harga berpatutan, sekali gus meringankan beban masyarakat, terutamanya golongan B40.

“PJR Bergerak yang diadakan sempena bulan Ramadan ini merupakan salah satu persiapan bagi orang ramai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

“Kebiasaannya, PJR Bergerak ini akan menyediakan pelbagai barangan keperluan dan keperluan raya dengan harga yang lebih terjangkau,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata PJR Bergerak ini telah dijalankan hampir setiap minggu sepanjang bulan ini di sekitar kampung-kampung di Miri, dan berjaya menyemarakkan kehidupan masyarakat.

Baca lain  Kerajaan Sarawak sentiasa beri sokongan kepada SU FC, KC FC

“Program ini memberikan pelbagai manfaat kepada rakyat di Miri khasnya kerana ia menyediakan keperluan asas dengan potongan harga hingga 30 peratus daripada harga pasaran.

“Justeru, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Semangat kebersamaan dan keberkatan yang dihasilkan daripada PJR Bergerak ini telah membawa kesan positif dalam komuniti Miri, dan saya berharap agar semangat ini akan terus berkembang dan memberikan impak yang lebih besar pada masa akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, pasukan Pusat Khidmat Miri dengan kerjasama Persatuan Prihatin Sibuti dan Daerah Miri telah berjaya menganjurkan PJR Bergerak di Kampung Riam Jaya, Kampung Tanjung Batu 1, dan Kampung Lereng Bukit.

BERPATUTAN… Chiew menunjukkan antara barangan yang ditawarkan sempena PJR Bergerak di kawasan kampung-kampung terpilih.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda