ARTIKEL

Lee Kim Shin merasmikan PJR yang berlangsung di Emart Tudan di sini, semalam.

Program Jualan Rahmah diperluaskan, bantu kurangkan beban rakyat Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Program Jualan Rahmah (PJR) di Bahagian Miri akan diperluaskan lagi pada hujung bulan ini untuk membantu mengurangkan beban rakyat, terutamanya golongan B40.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Datuk Seri Lee Kim Shin, berkata ia juga merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu mengurangkan kos perbelanjaan rakyat.

“PJR yang diadakan ini membolehkan ramai penduduk mendapatkan keperluan, khususnya keperluan makanan dengan harga subsidi.

“Ia menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian dengan pengurangan sebanyak 10 peratus hingga 30 peratus berbanding di pasaran setempat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan PJR di Pasaraya Emart Tudan di sini, semalam.

Di samping itu, beliau berkata program sedemikian yang diadakan di pelbagai lokasi sebelum ini sangat bertepatan bagi masyarakat setempat untuk lebih jimat dalam berbelanja.

PJR, yang diadakan di Emart Tudan, berlangsung selama dua hari dan berjaya menarik perhatian penduduk sekitar, khususnya di kawasan Emart Tudan, Lutong dan juga Permyjaya.

Dalam program tersebut, pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan dengan harga yang lebih rendah, seperti daging ayam, tepung, beras, dan minyak.

Lee Kim Shin (dua kanan) beramah mesra dengan salah seorang pengunjung yang datang membeli barangan di PJR Emart Tudan, di sini.

BERITA LAIN

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti