ARTIKEL

Program keusahawanan diperbanyak, tingkatkan pertumbuhan usahawan francais – Exco

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH: Pelbagai program keusahawanan akan dilaksanakan dan diselaraskan oleh kerajaan negeri Perak menerusi Seketariat Usahawan Negeri Perak (STEP) agar pertumbuhan sektor usahawan termasuk dalam bidang francais di negeri ini dapat dilipatgandakan selaras dengan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan negeri Salbiah Mohamed berkata sektor perniagaan francais kurang mendapat sambutan di Perak dengan penglibatan hanya 31 syarikat francais setakat ini.

Menurutnya situasi sedemikian berkemungkinan didorong oleh stigma bahawa perniagaan francais memerlukan modal yang besar selain kurang pengetahuan berkenaan perniagaan tersebut.

Sehubungan itu, katanya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap pembangunan usahawan, pihaknya akan sentiasa memberikan sokongan dengan kerjasama STEP untuk meningkatkan jumlah usahawan Perak bagi menceburi bidang francais. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Bizfrancais@Perak 2023 di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) Datuk Hazimah Zainuddin.

Menurutnya STEP akan melibatkan Pernas dalam siri jelajah Hari Terbuka Usahawan Perak 2023 di 12 daerah di negeri ini untuk mendorong usahawan terlibat dalam perniagaan francais.

Baca lain  ‘Sekolahku Rumahku’ strategi baharu rapat jurang digital

Beliau berkata bantuan modal akan disediakan untuk memulakan perniagaan, manakala Pernas menyasarkan anggaran pembiayaan berjumlah RM6.1 juta melibatkan 22 syarikat di Perak pada tahun ini.

“Menerusi program sedemikian, diharapkan maklumat berhubung perniagaan ini dapat disampaikan secara langsung kepada usahawan dengan harapan selepas ini kita dapat melahirkan banyak usahawan francais di Perak,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland