ARTIKEL

Seramai 20 kanak-kanak asnaf dan anak yatim merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama wakil Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak (KUBSB).

Program Khas KUBSB Prihatin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Wajah gembira dan syukur jelas terpancar daripada seramai 20 asnaf dan anak yatim apabila menerima sumbangan barangan persekolahan daripada Koperasi Usahawan Bumiputera Sarawak Berhad (KUBSB).

Ketua Biro Kebajikan KUBSB Kamil Hassan berkata, Program Khas KUBSB Prihatin yang disampaikan merangkumi pakaian sekolah, beg sekolah, kotak pensil, pemadam, pensil warna dan sebagainya.

Kamil Hassan (kiri) bersama-sama Ahli Lembaga Koperasi (ALK) pada majlis Program Khas KUBSB Prihatin.

Menurutnya, pemberian sumbangan itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) KUBSB kepada golongan yang memerlukan.

“Dalam program ini bantuan disampaikan kepada seramai 20 orang anak-anak asnaf dan anak-anak yatim sekitar Kuching-Samarahan iaitu seorang RM150 peruntukan pembelian.

“Sumbangan lain juga melibatkan, bantuan khairat ahli KUBSB kepada tiga waris dan satu sumbangan skim galakan pendidikan

“Pihak koperasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang dan penaja seperti JZ PERFUME, SUKACAKES dan D’ATIRAH KEK LAPIS.

“Insya-Allah program sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam membantu golongan memerlukan,” katanya selepas Majlis Program Khas KUBSB Prihatin di Jun Rong Sukma, Kuching semalam.

Dalam pada itu katanya, pihaknya akan mengadakan Bazar Aidilfitri Satok 2024 bermula 23 Mac depan.

“Lebih 50 usahawan terlibat menjayakan Bazar Aidilfitri Satok yang ditunggu-tunggu orang ramai,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU