ARTIKEL

Abang Johari (lima kiri) bersama hadirin lain 'ngiling bidai' pada Majlis Ngiling Bidai sambutan Gawai Dayak Daerah Gedong di RTC Munggu Lalang Gedong di sini hari ini. - Foto: JaPen

Program latihan penanaman padi moden bakal dibangunkan di Gedong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEDONG: Satu program latihan akan dibangunkan di sini bagi melatih petani dalam penanaman padi dalam usaha menggandakan hasil pengeluaran beras.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, program latihan tersebut turut meliputi penggunaan teknologi yang terkini dan Internet Kebendaan (IoT).

“Selalunya orang kampung ada lima ekar, lima ekar bersamaan dua hektar, tapi guna teknologi semua, tidak menggunakan cangkul.

“Dan kita menubuhkan satu program latihan untuk melatih para petani kita menggunakan teknologi terkini.

“Kita di Sarawak ini, anak kita boleh kita latih, anak kita banyak yang pandai-pandai,” katanya ketika berucap pada Majlis Ngiling Bidai sambutan Gawai Dayak Daerah Gedong di RTC Munggu Lalang Gedong di sini hari ini.

Jelasnya, program latihan itu sebagai satu usaha kerajaan untuk mengembangkan kemahiran orang tempatan dalam bidang pertanian moden kerana Gedong merupakan kawasan pertama yang menjalankan penanaman padi lima musim di Lubok Punggor.

Dalam pada itu, Abang Johari, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, berkata Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Munggu Lalang akan dinaik taraf.

Jelasnya, ia berikutan kawasan tersebut tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk digunakan oleh komuniti setempat mengadakan pelbagai aktiviti mahupun majlis keramaian.

“Kita boleh bina balai yang lebih besar daripada ini di kawasan ini supaya kita dapat berjumpa, adakan (majlis) kahwin, semuanya mudah di sini.

“Dan kita besarkan kawasan kita, jadi tidak perlulah menggunakan khemah.

“Mudah-mudahan, tahun hadapan kita dapat buat awal,” katanya.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU