Program Lintang Merdeka Ria Kempen Kibar Jalur Gemilang kini berlangsung di Balingian

BALINGIAN: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lintang Balingian menganjurkan Program Lintang Merdeka Ria Kempen Kibar Jalur Gemilang bermula pada 16 Ogos hingga 16 September di seluruh Kampung Lintang di sini.

Menurut Pengerusi Pengelola Hairi Manggali memberitahu Suara Sarawak (SV) antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tarikh tersebut ialah Pertandingan Mewarna Merdeka 62 yang melibatkan pelajar Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Dewasa di Dewan Sri Lintang pada 31 Ogos lepas.

Katanya, acara Sukan Air untuk acara 1,2 dan 5 pekayuh lelaki, 1,2 dan 5 pekayuh wanita dan 2 dan 4 pekayuh campuran diadakan pada 7 dan 8 September di Sungai Parit, Kampung Lintang dari pagi hingga petang.

Tambahnya lagi, acara Memancing Berkumpulan bagi kategori tangkapan ikan terbanyak dan tangkapan Udang terbanyak akan diadakan pada 15 September di Perkarangan Rumah Jublee, Kampung Lintang iaitu pada sebelah petang.

Selain itu Pertandingan Bunga Hidup (Bougainvillea) diadakan di Dewan Sri Lintang , pertandingan Karaoke Lagu Patriotisme dan Pertandingan Fesyen Kanak-Kanak (Tema Kemerdekaan) untuk dua kategori iaitu lelaki dan wanita di Dewan Sri Lintang pada 15 September.

Tambahnya lagi, aktiviti-aktiviti sebegini kami kelolakan bagi memeriahkan lagi sambutan Program Lintang Merdeka Ria Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kampung Lintang, Balingian.

Sebahagian daripada Ahli JKKK dan penduduk Kampung Lintang yang terlibat dalam pengelolaan aktiviti-aktiviti sempena Program Lintang Merdeka Ria Kempen Kibar Jalur Gemilang kali ini.

 

Pertandingan Mewarna Merdeka 62 yang melibatkan pelajar Pra Sekolah, Sekolah Rendah dan Dewasa di Dewan Sri Lintang yang telah dilangsungkan pada 31 Ogos lepas.