Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Program Mari Mencuba Sukan Muay Thai dan Bengkel Asas Muaythai hujung minggu ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
-MARI MENCUBA…Poster program berkenaan.

KUCHING: Selepas kejayaan penganjuran NSIX Muaythai Challenge 2022 minggu lepas, dua lagi program muaythai akan diadakan pada hujung minggu ini.

Program pertama ialah Program Mari Mencuba Sukan Muay Thai yang akan diadakan di Pusat Latihan Muaythai Tondong, Bau.

Anjuran Kelab Muaythai Bau, program selama sehari itu akan diadakan pada 11 Jun dengan penyertaan adalah percuma.

Ia akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5 petang membabitkan dua peringkat.

Sehubungan itu, penganjur mempelawa mereka yang berminat untuk turun pada hari tersebut dengan berpakaian sukan.

Manakala program kedua, Bengkel Asas Muaythai akan diadakan pada 12 Jun bertempat di Vortex Fitness, Aras 2 Bintulu Sentral.

Bengkel ini anjuran bersama Kelab PS Muaythai Bintulu, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Vortex Gym dan Persatuan Muaythai Bintulu.

Ia bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari dan mensasarkan seramai 30 orang peserta berumur 18 tahun dan ke bawah tanpa dikenakan yuran penyertaan.

Pengisian bengkel adalah penerangan mengenai sukan Muaythai dan asasnya, tayangan video dan cabaran perlawanan mini.

Semua peserta akan diberikan sijil dan hadiah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk