ARTIKEL

MERIAH...Sebahagian peserta terlibat mempamer kehebatan mereka.

Program mari mencuba sukan Muaythai dapat sambutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Usaha untuk mempromosi sukan muaythai kepada seluruh lapisan masyarakat di negeri ini terus dipergiatkan Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS).

Terbaru badan induk berkenaan menerusi Kelab Muaythai Phoenix Meranek terlibat dalam program Mari Mencuba Muaythai bersempena Kejohanan Samarahan Esports Championship X Culture & Digital 2024.

Dianjurkan di The Summermall, Kota Samarahan semalam, program berkenaan berjaya melibatkan 20 ahli Kelab Muaythai Phoenix Meranek.

Manakala, hampir 100 pengunjung termasuk peserta Kejohanan Samarahan Esports Championship X Culture & Digital 2024 mengambil bahagian dalam program tersebut.

Program berkenaan yang turut diselit sama dengan persembahan basic, combo muaythai dan muay boran sebagai menyambut ketibaan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Persembahan muay boran dilakukan oleh Wan Shahmi Rizal dan Hasbullah sementara 15 lagi melakukan persembahan basic dan combo muaythai.

Menurut Presiden PMNS Jumaat Ibrahim, penyertaan sukan muaythai dalam program tersebut atas kapasiti jemputan membuktikan sukan itu semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat seperti sukan-sukan tempur yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,