Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Program Mari Mencuba Sukan Muaythai dapat sambutan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
UNTUK KENANGAN...Jumaat Ibrahim (duduk tengah) bergambar bersama-sama peserta terlibat.
UNTUK KENANGAN…Jumaat Ibrahim (duduk tengah) bergambar bersama-sama peserta terlibat.

KUCHING: Program Mari Mencuba Sukan Muaythai yang berlangsung di Dewan Suarah Kapit Ahad lalu mendapat sambutan cukup hebat.

Seramai 50 peserta terdiri daripada belia dan kanak-kanak turut hadir menjayakan program anjuran Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Pengakap Daerah Kapit yang dikendali jurulatih serta pegawai muaythai bertauliah dibawa khas dari Kuching dan Samarahan.

Turut serta menjayakan program itu ialah sepuluh atlet lelaki dan wanita bagi menampilkan perlawanan dan persembahan Muaythai pada program berkenaan.

Presiden PMNS Jumaat Ibrahim memberitahu, sukan Muaythai merupakan seni mempertahankan diri yang menuntut disiplin yang tinggi dan ia merupakan aktiviti sihat yang amat digalakkan untuk dipelajari.

Bagaimanapun, beliau turut mengingatkan golongan belia agar tidak menyalahgunakan kemahiran yang dipelajari.

“Muaythai untuk mempertahankan diri, bukan untuk digunakan bergaduh dengan orang lain. Saya percaya, dengan mempelajari Muaythai dapat menggalakkan golongan sasar mengamalkan gaya hidup sihat,” tegas beliau.

Jumaat juga meluahkan harapan besar untuk melihat Bahagian Kapit melahirkan atlet Muaythai yang berpotensi serta mampu mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia di pentas dunia suatu hari kelak.

Beliau turut merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak atas sokongan diberikan dalam menjayakan program berkenaan.

“Terima kasih kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Negeri Sarawak, SSC, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Majlis Pengakap Daerah Kapit atas sokongan yang diberikan, sekali gus penyumbang kejayaan penganjuran program berkenaan,” ujar beliau ketika berucap pada majlis penutupan program.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru