ARTIKEL

Program mari mencuba sukan Muaythai di Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AKAN BERLANGSUNG…Poster program terbabit.

KUCHING: Peminat sukan Muaythai khususnya di Bahagian Kapit dipelawa menyertai Program Mari Mencuba Sukan Muaythai yang akan diadakan pada 19 Disember ini.

Program anjuran Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Pengakap Daerah Kapit itu akan diadakan di Dewan Suarah Kapit.

“Ini merupakan salah satu aktiviti penutup kita pada tahun ini. PMNS berhasrat untuk mempromosikan sukan berkenaan ke kawasan luar bandar.

“Selain sebagai promosi, penganjuran program ini juga menjadi platform untuk kita mencungkil bakat-bakat baru yang dapat diketengahkan dalam kejohanan negeri mahupun kebangsaan,” ujar Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka pada tarikh tersebut.

Terdahulu, Jumaat turut merakamkan penghargaan kepada SSC dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan kerana sentiasa menyokong program pembangunan anjuran PMNS.

” PMNS akan melaksanakan banyak program pembangunan pada tahun depan yang akan dimaklumkan pada awal tahun depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, PMNS menjemput orang ramai terutama di Kapit untuk menyaksikan program tersebut yang bermula dari jam 2:00 hingga 4.30 petang.

Manakala pada sebelah malam dari jam 7:00 hingga 9:00 malam, akan diadakan persembahan Muaythai membabitkan lima kategori iaitu Persembahan Mae Muay, Persembahan Sparring Regu Kanak-Kanak, Persembahan Sparring Regu Remaja, Persembahan Sparring Regu Remaja dan Persembahan Mae Muay.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta