ARTIKEL

Program muaythai diadakan di Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

AKAN BERLANGSUNG….Poster program terbabit.

KUCHING: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) akan menganjurkan Kapit Muaythai Challenge 2023 sebagai pembuka tirai kepada kalendar aktiviti badan induk berkenaan tahun ini.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Saberkas Cawangan Bukit Goram dan akan diadakan di Dewan Suarah Kapit pada 16 hingga 17 Februari ini yang turut disertai atlet muaythai seluruh bahagian negeri ini.

Beberapa perlawanan semi profesional dan profesional diatur dan kemuncak saingan untuk merebut kejuaraan cabaran tersebut.

Serentak dengan itu, PMNS turut menganjurkan program Mari Mencuba Sukan Muaythai pada tarikh dan gelanggang yang sama.

Untuk program tersebut, ia akan diadakan dalam dua sesi bermula jam 9 hingga 11 pagi disusuli 2 hingga 4 petang.

Presiden PMNS Jumaat Ibrahim memberitahu, kedua-dua aktiviti pembuka tirai pihaknya tahun ini merupakan usaha meneruskan pembangunan sukan tersebut di Sarawak.

“Kapit dipilih sebagai lokasi pertama penganjuran program ini kerana ramai atlet muda berpotensi mengambil kira maklum balas diberikan menerusi program seumpamanya dianjurkan tahun lepas,” ujar Jumaat.

Menurut beliau, pihaknya mengambil inisiatif dengan menganjurkan cabaran yang julung kali diadakan di bahagian itu kerana PMNS melihat ada potensi besar dalam kalangan atlet muda di bahagian tersebut.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit