ARTIKEL

Malcolm (duduk tengah) dan tetamu lain bergambar kenangan bersama-sama semasa Program iCPD edisi kedua di Bintulu, hari ini.

Program Pembangunan Profesional Berterusan Industri di Bintulu tawarkan kebolehpasaran pekerja tempatan mahir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Program Pembangunan Profesional Berterusan Industri (iCPD) edisi kedua yang diadakan di Bintulu menawarkan kebolehpasaran pekerja tempatan di samping memenuhi permintaan kemahiran industri di Sarawak.

Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dalam kenyataannya menyebut, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD), Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) serta Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Malcolm (kiri) kelihatan berkongsi sesuatu dengan tetamu lain pada Program iCPD edisi kedua di Bintulu hari ini, sambil disaksikan Anielia Siam (kanan).

“Ini merupakan jerayawara pelbagai siri yang berterusan di pelbagai lokasi seluruh Sarawak dan objektifnya meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran pekerja tempatan,” kata kenyataan itu, hari ini.

Di samping itu, jelasnya, ia memenuhi permintaan kemahiran industri di Sarawak dengan menyediakan platform bagi pelajar dan pekerja untuk mengakses kursus latihan yang berkaitan peluang pekerjaan dan rangkaian.

Ini tambahnya selaras dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk mencapai 30 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2030.

iCPD di Bintulu, yang disertai 11 agensi kerajaan dan rakan strategik, dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.

Terdahulu, Timbalan Setiausaha Tetap MEITD, Anielia Siam, menyampaikan ucapan perasmian semasa pelancaran itu.

Program yang padat dengan perkongsian berwawasan oleh majikan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), CHEMSAIN HRD Sdn Bhd, Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRDCorp), Sarawak Skills dan MPC Sarawak, turut membincangkan kursus latihan industri, pembelajaran melalui pengalaman, program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula, serta Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA).

Sesi klinik satu-satu masa juga disediakan, yang memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan nasihat tidak ternilai daripada majikan dan pendidik dari agensi kerajaan dan rakan kongsi industri.

Sepanjang program, data tentang keperluan set kemahiran majikan dikumpulkan untuk menjalankan analisis jurang antara permintaan dengan penawaran.

Ia akan membantu Kerajaan Sarawak dalam matlamatnya untuk menyediakan bantuan kebolehpasaran strategik kepada pekerja Sarawak menerusi padanan set kemahiran, pensijilan dan latihan dengan keperluan semasa.

Untuk rekod, iCPD edisi pertama dilancarkan di Miri oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, pada 3 Mei lalu.

Dua edisi iCPD seterusnya akan diadakan di Limbang atau Lawas, dan di Kuching.

Di samping penganjuran iCPD ini, RECODA menjalankan program pembangunan sosioekonomi berimpak tinggi berterusan, seperti COMMUNITY@SCORE dan EMPLOY@SCORE, yang direka untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah (B40) di wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

BERITA LAIN

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

Berani cakap berani hadap

KEMATIAN seorang pempengaruh baru-baru ini kerana tidak tahan berdepan dengan buli siber membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai membuat ugutan terhadap pempengaruh itu. Sudah

Pemuda direman akibat pamer aksi ‘wheelie’

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemuda menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan selepas rakaman video aksi ‘wheelie’ yang tular dikesan polis pada Khamis. Ketua Polis