Program pemvaksinan rabies pada 23 hingga 25 Jun di Matu, Mukah

KUCHING: Program vaksinasi rabies percuma dari rumah ke rumah akan diadakan di Matu, Mukah pada 23 Jun hingga 25 Jun.

Ketua Veterinar Bahagian Mukah, Hasnul Abdullah Buyong berkata, program itu akan bermula pada jam 8 pagi hingga empat petang selama tiga hari tersebut.

Katanya, anjing yang berumur tiga bulan ke atas adalah wajib untuk mendapatkan suntikan vaksin rabies tersebut.

“Rawatan yang diberikan adalah percuma kepada pemilik anjing bertuan di daerah Matu.

“Saya mohon pemilik anjing bertuan di daerah Matu dapat memberi kerjasama dengan pasukan dari Pejabat Perkhidmatan Veterinar Bahagian Mukah nanti,” jelasnya,” jelasnya.

Pemvaksinan dari rumah ke rumah akan diadakan pada Selasa, 23 Jun di Kampung Baru Tian, Kampung Tinak Tian, Kampung Padang Tian, Kampung Tengah Tian, Kampung Tebuaw Tian, Kampung Masjid Tian, Kampung Bawang Hilir, Kampung Bawang Hulu, Kampung Sekaan Kecil, Pasar Lama/ Baru, Kampung Cina Matu, Kampung Bertong, Kampung Muut Sekaan dan Kampung Dagang/ Sesco.

Pemvaksinan pada Rabu, 24 Jun pemvaksinan rumah ke rumah melibatkan Kampung Berjaya, Kampung Jemoreng Hilir, Kampung Jemoreng Hulu, Kampung Sok, Kampung Matu Hulu, Kampung Cina Kuala Matu, Kampung Kuala Matu Hilir, Kampung Sarakat dan Kampung Treng Sekaan.

Manakala pada Khamis, 25 Jun, pemvaksinan rumah ke rumah melibatkan Tg. Jol, Kampung Halud, Kampung Pengau, Kampung Loba Balu, Rh Gangga Bruan, Rh Anyut Sg. Tulus, Kampung Kebuaw Igan, Kampung Sekerang Igan, Kampung Tengah Igan, Kampung Pulau Igan, Kampung Dagang Igan, Kampung Ismail Baru Igan dan Sebatu Igan.