Trending

Program Ramadan MIS, TBS Bantu Asnaf

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MAJLIS ISLAM SARAWAK (MIS) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) komited melaksanakan program kebajikan komuniti Islam di negeri ini khususnya melibatkan golongan kurang bernasib baik.

Ia bagi memastikan nasib kumpulan sasar itu terus dibela dan diberi perhatian sewajarnya terutama ketika menyambut Ramadan.

Yang Di-Pertua MIS, Datuk Misnu Taha berkata, pihaknya merancang dan melaksanakan pelbagai program sepanjang bulan puasa, malah usaha itu dijalankan secara berterusan.

Matlamatnya tetap sama, iaitu menyantuni masyarakat termasuk menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Pihaknya bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain di seluruh Sarawak untuk menyantuni sekali gus memberi bantuan kepada komuniti mualaf dan sebagainya.

Untuk lebih progresif, penyaluran bantuan turut dilaksanakan melibatkan pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO).

Pihak terlibat katanya mengunjungi golongan sasar termasuk keluarga asnaf di kawasan pedalaman melalui program Safari Ramadan.

JEJAK ASNAF

“Untuk jabatan agama, agensi kerajaan dan NGO seperti Harakah Islamiah (Hikmah) kita ada Program Safari Ramadan.

“Kami berjalan ke merata tempat untuk menyantuni mereka dengan bantuan agensi lain.

Setakat ini sambutan program amat menggalakkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Majma Raya Fest 2023 di Kompleks Islam Sarawak.

MIS juga menyeru agar masyarakat di negeri itu menggunakan sebaiknya aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak untuk membantu lebih ramai umat Islam memerlukan atau kurang berkemampuan. 

Tidak terhad hanya pada Ramadan, aplikasi yang dibangunkan pada 2017 itu meningkatkan produktiviti dan kecekapan pihak baitulmal menyalurkan bantuan segera kepada golongan asnaf.

Misnu berkata, setiap maklumat dimuat naik ke aplikasi tersebut membantu anggota kebajikan baitulmal di seluruh negeri mengenal pasti jenis bantuan bersesuaian dan kesahihan aduan.

“Bagi mereka yang memerlukan bantuan, boleh masuk aplikasi Jejak Asnaf dan hantar gambar kepada kami untuk kami datang ke tempat tersebut.

“Kadang-kadang kami menerima gambar daripada masyarakat setempat atau hantar kepada saya menyatakan mereka ini perlukan bantuan.

Saya terus arahkan pasukan baitulmal di bahagian terlibat untuk pemeriksaan.

“Walaupun ada kalanya gambar yang dihantar itu dikitar semula,” katanya. 

Dalam majlis ringkas yang berlangsung itu, Pengurus Besar TBS, Datuk Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie turut menyampaikan bantuan kepada 30 penerima melibatkan Bantuan Sara Hidup, Bantuan Institusi Islam dan Bantuan Pendidikan.

Katanya, ia melibatkan pengagihan berjumlah RM38,380 bawah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah.

Setakat 28 Februari 2023, sebanyak RM13.02 juta hasil agihan zakat diagihkan kepada asnaf melalui empat program utamanya iaitu pendidikan, kebajikan, institusi Islam dan kemahiran.

KUTIPAN DIJANGKA NAIK 5 PERATUS

Abang Mohd Shibli dalam kenyataannya menjangkakan kutipan zakat pada 2023 meningkat 5 peratus berbanding tahun lalu.

Antara faktor menyumbang kepada kenaikan itu adalah daripada potongan gaji majikan.

“Untuk 2023, kita jangka ia naik lima peratus daripada 2022, kita dapat lihat kira-kira 67 peratus kutipan zakat adalah daripada potongan gaji.

“Kita yakin dan percaya ia boleh naik 5 peratus daripada RM115 juta kepada RM120 juta.

Semakin banyak kutipan, semakin banyak yang dapat kami agihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Dedah Shibli, pada 2022 TBS menerima kutipan zakat berjumlah RM115.53 juta.

Penglibatan badan korporat dalam penyerahan zakat perniagaan menjadi bukti manifestasi keyakinan pihak berkaitan dalam mengagihkan semula kepada golongan memerlukan.

MAJMA RAYA FEST BANTU PKS JANA PENDAPATAN

Sementara itu, Majma Raya Fest 2023 anjuran TBS dan MIS menyediakan sekitar 181 premis perniagaan termasuk pelbagai juadah raya, pakaian dan keperluan Ramadan dan Aidilfitri.

Memasuki edisi ketujuh, festival perniagaan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan memberi peluang kepada mereka menjana pendapatan sepanjang bulan puasa. 

Majma Raya Fest 2023 beroperasi sehingga malam Aidilfi tri bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

Menariknya, festival berkenaan tidak hanya melibatkan peniaga Islam.

Salah seorang peniaga, Wee Lee Homemade Seasonal Cookies menawarkan pelbagai variasi biskut.

Pengusah kedai, Anchong Tan Ling berkata, perniagaan itu diusahakan lebih 30 tahun lalu oleh ibunya.

“Biskut buatan tangan kami halal, sekarang ibu saya sudah tua dan tidak mahu menjalankan perniagaan ini lagi, jadi sekarang saya yang meneruskannya.

“Biskut kami buatan sendiri dan halal.

Kami sudah mempunyai sijil halal kerana kami juga membekalnya ke Sri Aman, Serian, Bau, Asajaya, Batang Ai dan lain-lain,” katanya.

Bercerita lanjut, wanita berusia 52 tahun itu berkata, ia merupakan pengalaman pertama menyertai Majma Raya Fest dan berharap agar jualan mereka mendapat sambutan menggalakkan.

Lain pula kisah suaminya, Jan Chan Hoong, dia teruja ketika mendapat tahu kesempatan berniaga di festival tersebut menerusi iklan.

Tanpa menunggu lama, dia terus menghubungi nombor pada iklan itu untuk mendapatkan maklumat lanjut acara berkenaan.

“Sudah pasti kami perlu mengisi maklumat syarikat, menunjukkan sijil halal dan sebagainya untuk permohonan kami diterima,” ujarnya.

Walaupun pertama kali, dia tetap bersyukur dan teruja apabila jualan biskut di gerainya turut mendapat perhatian daripada pengunjung.

“Untuk harga biskut, kami menawarkannya pada harga serendah RM4 hingga RM35,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru