ARTIKEL

Penerbit program realiti 'Kenyalang Badminton Talent, Mohd Najib Jaafar.

Program realiti ‘Kenyalang Badminton Talent’ cari pemain muda terbaik Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program realiti TV, ‘Kenyalang Badminton Talent’ (KBT), yang diterbitkan oleh Monaj Excel Sdn Bhd, bagi mengenal pasti dan memilih atlet terbaik dalam kalangan pemain pelapis muda anak Sarawak dalam bidang sukan tersebut.

Producer KBT, Mohd Najib Jaafar, berkata dengan penglibatan Kelab Badminton Nusa Mahsuri, mereka telah mengenal pasti atlet remaja yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

“Kita tidak mengadakan pemilihan uji bakat secara terbuka beramai-ramai.

“Kita mengambil pemain dari beberapa kelab badminton yang ada pelapis untuk diuji.

“Setelah melalui pelbagai tapisan, bagi musim pertama program, kita telah memilih 14 orang pemain yang terdiri daripada lapan atlet lelaki dan enam atlet wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Program TVS Spotlight Gawai Kaamatan 2024 di sebuah hotel di sini, semalam.

Tambahnya, mereka telah menurunkan Misbun Syawal Misbun, yang merupakan anak Datuk Misbun Sidek, sebagai jurulatih yang dibantu Rahman Sidek dan jurulatih dari Sarawak.

Jelasnya, untuk sesi pertama, mereka telah membuat dua sesi uji bakat iaitu di Bahagian Sibu dan Kuching, melalui senarai pelapis dari Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan atlet dari beberapa kelab badminton.

“Kita yakin program seperti ini perlu mendapat sokongan daripada agensi-agensi berkaitan seperti Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) yang telah memberikan sokongan dengan menyediakan tempat tinggal, stadium untuk uji bakat,” katanya lagi.

Menariknya, pemenang program KBT akan mendapat latihan selama dua minggu bersama Kelab Nusa Mahsuri yang dibimbing oleh Datuk Misbun Sidek, selain hadiah wang tunai dan barang produksi.

Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai perancangan untuk mengembangkan pencarian uji bakat ke luar bandar, Mohd Najib menjelaskan sekiranya diberikan peluang TVS, mereka merancang untuk mengadakannya di Bahagian Miri.

“Ini kerana Miri mempunyai beberapa pemain terbaik dan banyak kelab badminton yang bagus.

“Kami rasa perlu mengembara ke daerah-daerah yang sesuai bagi memberi peluang kepada remaja di luar bandar.

“Kita juga ada perancangan untuk membuka satu pusat latihan badminton secara profesional kalau diberi keizinan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU