ARTIKEL

KONGSI REZEKI.... Mohd Haical Abdullah (tiga kiri) menyerahkan replika makanan kepada seorang penerima.

Program Safari Ramadan Hikmah 2024 ringan beban penduduk kampung menjelang Aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah penduduk kampung sekitar Kuching, Serian dan Zon Tebedu.

Golongan sasar dari kampung terbabit telah menerima bakul makanan sumbangan Hikmah Sarawak menerusi Program Safari Ramadan Hikmah 2024 yang diadakan baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi HIKMAH Cawangan Serian, Mohd Haical Abdullah, memberitahu ia merupakan program azali setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Menurut Haical, bantuan bakul makanan tersebut bagi meringankan beban para penerima.

“Ini merupakan program atau aktiviti yang sering kita laksanakan setiap kali bulan Ramadan.

“Pihak kita percaya adanya bantuan makanan ini akan dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka, terutamanya dalam menyambut ketibaan lebaran tahun ini,” ujar Haical.

Tegasnya, program terbabit bermula Khamis lalu di Serian dengan tiga buah kampung iaitu Kampung Krian, Kampung Plaman Sidunuk dan Kampung Rudan Rayang.

Ia disusuli pengagihan sama kepada penduduk Kampung Sebanyis (Kuching), Kampung Sabal Jaya (Serian) serta tiga buah kampung dalam Zon Tebedu, iaitu Kampung Darul Huda Tepoi, Kampung Insan Jaya dan Kampung Sungan.

Menurut Haical, esok program agihan bakul makanan ini akan diteruskan di Kampung Pueh (Zon Lundu/Sematan).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU