ARTIKEL

Program Sape Junior bermula Mei depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal memperkenalkan program khas ‘Sape Junior’ bermula 27 Mei ini bagi melahirkan bakat tempatan khususnya dalam muzik tradisional Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, industri muzik tempatan sememangnya dipenuhi dengan bakat muda dan pengenalan program itu untuk menambah kreativiti.

“Kementerian saya komited dalam menyokong inisiatif RTM ini untuk mempamerkan bakat dan kreativiti anak muda di Sarawak khususnya menonjolkan identiti serta budaya negeri ke peringkat lebih tinggi.

“Sebagai contoh, Juh Bermukun yang diadakan selama 76 jam tanpa henti, Bintang P.Ramlee, Bintang Kecil dan Sape Junior yang bakal bermula pada 27 Mei depan,” katanya.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Apresiasi Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak di sini, malam tadi.

Beliau dalam pada itu berharap RTM mampu memajukan lagi industri hiburan tempatan dengan kerjasama pihak kementeriannya bagi mewarnai industri kreatif di Sarawak dan Malaysia.

Dalam majlis sama, beliau mengumumkan peruntukan berjumlah RM50,000 kepada Kelab Rekreasi RTM untuk aktiviti berkaitan penyiaran.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit