ARTIKEL

Program Sarawak Kita Empun 2.0 bermula Ahad ini sehingga 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Program Sarawak Kita Empun 2.0 (SKE 2.0) bakal bermula pada hujung bulan ini sehingga penghujung tahun 2025, sebagai persiapan awal untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Sri Fatimah Abdullah, program edisi kedua selepas kali pertama dianjurkan pada tahun 2020 itu bermula di DUN Demak Laut.

“Program sehari ini akan bermula pada Ahad ini, 25 Februari di Demak Laut, seterusnya ke DUN Simunjan pada 27 Februari, Selasa depan.

“Antara pengisian program adalah pembentangan dan perkongsian empat topik utama berkaitan pembangunan landskap politik, Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 dan dua topik pilihan lain berkaitan kawasan ia dianjurkan,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita PBB BIl 1. di Ibu Pejabat PBB di sini, hari ini.

“Program anjuran Majlis Tertinggi Wanita PBB ini menyebarkan kesedaran dan maklumat berkaitan PCDS 2030 sehingga ke akar umbi kerana program edisi pertama terbukti berkesan dan memberi impak tinggi dari segi penyebaran maklumat,” ujarnya.

Baca lain  GPS tidak tunduk kepada DAP, PH

Untuk rekod, program edisi pertama dilancarkan pada Februari 2020 oleh Premier Sarawak yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertujuan memberi penerangan yang jelas mengenai hala tuju dan usaha terkini khususnya Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam usaha melindungi dan mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis.

Ia dijalankan di seluruh Sarawak, bergerak dari satu cawangan PBB ke cawangan PBB yang lain bagi menghimpunkan wanita-wanita dalam kawasan khasnya pimpinan wanita PBB di peringkat akar umbi.

BERITA LAIN

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang