ARTIKEL

Program Saringan Prihatin Perkeso hanya melalui janji temu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ujian saringan menerusi Program Saringan Prihatin (PSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hanya akan dilaksanakan melalui janji temu yang ditetapkan dengan penyedia perkhidmatan, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut catatan di Facebook rasmi Perkeso, ini berikutan sambutan yang amat menggalakkan daripada majikan dan pekerja sehingga mengakibatkan kesesakan di lokasi saringan sekali gus dikhuatiri akan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, terutamanya dalam pelaksanaan jarak sosial.

“Sehingga kini, lebih 300,000 pekerja telah berdaftar untuk program saringan tersebut. Daripada jumlah tersebut, lebih 50,000 pekerja telah menjalani ujian saringan.

“Para pekerja dan majikan boleh merujuk kepada Portal PSP PERKESO https://psp.perkeso.gov.my untuk mendapatkan maklumat berhubung penyedia perkhidmatan serta janji temu bagi ujian saringan,” menurut catatan itu.

PSP Perkeso merupakan program ujian saringan COVID-19 secara percuma kepada pekerja termasuk pekerja asing yang berdaftar dengan Perkeso di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) bagi syarikat yang dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tertakluk kepada garis panduan yang disediakan bermula 27 April lepas.– BERNAMA

BERITA LAIN

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo