ARTIKEL

Program Solat Jumaat sebagai satu Modul Community Policing – Supt Zulkipli Suhaili

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Polis Diraja Malaysia(PDRM) Bintulu telah mengadakan Program Solat Jumaat di Masjid Darul Makmur Kampung Jepak, Bintulu sebagai satu modul Community Policing.

Program dihadiri oleh pegawai kanan dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bintulu itu antara lain bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara pihak polis dan pihak Masjid serta menunjukkan kehadiran polis di rumah ibadah.

Pada majlis tersebut, Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili telah memberi pengenalan konsep ‘1Masjid 1Polis’ yang di adakan di daerah Bintulu sekaligus p0 memperkenalkan pegawai perhubungan masjid berkenaan kepada pengerusi dan AJK masjid.

Dengan perlantikan Pegawai Perhubungan Masjid, katanya, orang awam akan lebih mudah menyalurkan aduan dan maklumat berkaitan jenayah yang berlaku di sekitar kawasan masjid.

Menerusi program ini juga, beliau berharap dapat memupuk semangat kesedaran kepada masyarakat bahawa kerjasama membanteras jenayah adalah tangungjawap bersama.

Zulkipli turut menekankan kepentingan dan kerjasama ibubapa dalam memantau anak-anak daripada terlibat dalam gejala sosial, lumba haram, kes-kes jenayah dan dadah.

Beliau berasa bangga apabila kehadiran PDRM Bintulu disambut baik oleh masyarakat dan program tersebut sedikit sebanyak memberi impak positif di kalangan masyarakat setempat.

Program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat dengan PDRM sesuai dengan Tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, tegasnya lagi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha