Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Program suntikan vaksin AstraZeneca di Kuching, Miri lancar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Program vaksinasi AstraZeneca di Sarawak berjalan lancar melibatkan dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuching dan Miri hari ini.

Hari pertama proses itu berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri membabitkan 1,400 penerima.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata jumlah itu akan ditingkatkan secara berperingkat.

“Kita berpuas hati dengan pelaksanaan proses vaksinasi di BCCK, hari ini di sini yang melibatkan 1,000 penerima dan 400 di Miri untuk hari pertama.

“Kapasiti ini akan ditingkatkan kepada 3,000 dalam satu hari selepas ini bagi mempercepatkan program imunisasi di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat proses pemberian vaksin AstraZeneca di BCCK hari ini.

Untuk rekod, seramai 30,000 penerima telah berdaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin AstraZeneca di Sarawak.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News