ARTIKEL

HEBAHAN program tersebut yang akan diadakan di kawasan DUN Bukit Assek

Program tukar silinder gas kuning ke merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Pusat Khidmat Bukit Assek dengan kerjasama Petros LPG GPC (Sarawak) Sdn. Bhd. akan menganjurkan dua siri program pertukaran silinder gas kuning kepada silinder gas merah pada 21 dan 23 Disember ini.

ADUN Bukit Assek Chieng Jin Ek berkata, pada program pertama 21 Disember, ia akan diadakan di SJK(C) Sacred Heart Chinese di Lorong 1, Jalan Lanang jam 9 pagi.

Kemudian katanya, program kedua pada 23 Disember akan diadakan di Logos Methodist Church, Jalan Tong Sang, jam 9 pagi.

“Pada kedua-dua program tersebut kelak, kami menyediakan sebanyak 150 silinder gas merah untuk ditukar dengan silinder gas kuning.

“Orang ramai boleh menukar silinder mereka dengan silinder gas merah dengan hanya berharga RM26.60 sahaja,” katanya di sini, semalam.

Chieng mengatakan, syarikat berkenaan hanya menerima silinder gas kuning yang habis diguna sahaja manakala yang belum habis ia tidak akan diterima.

Jelas beliau, syarikat tersebut juga akan menerima silinder gas kuning yang sudah tamat tempoh.

“Orang ramai jangan risau, gunakan dulu silinder gas kuning kemudian baru tukar.

“Begitu juga silinder gas yang sudah tamat tempoh, anda boleh menukarnya dengan silinder gas merah tanpa sebarang caj tambahan dikenakan,” katanya.

Rentetan itu, Chieng menggesa orang ramai khususnya penduduk di kawasan DUN Bukit Assek agar tidak melepaskan peluang dalam kedua-dua program tersebut kelak.

Pada masa yang sama, beliau memberi jaminan program yang sama akan terus diadakan dengan lebih kerap lagi selepas ini.

“Kedua-dua program ini, adalah program kedua dan ketiga, program pertama telah kita diadakan di Gereja Methodist, Jalan Brooke Drive pada Sabtu lalu.

“Bagi memudahkan rakyat, pusat khidmat saya akan mengadakan program seumpama ini dengan lebih banyak lagi di lokasi-lokasi terpilih di kawasan Bukit Assek,” ujar beliau.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU