ARTIKEL

Program vaksinasi antirabies percuma di Sebauh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) akan menjalankan vaksinasi antirabies secara percuma untuk anjing pada bulan ini bagi mengekang penularan wabak di Daerah Sebauh.

Program tersebut akan dijalankan dari rumah ke rumah pada 3 Februari dari jam 2 petang hingga 5 petang dan 4 Februari dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Menurut perkongsian jabatan itu laman Facebook, sebanyak 25 rumah panjang telah dipilih untuk program tersebut.

“Ia terdiri daripada Rumah Penghulu Chin Gawing, Rumah Agnes Mampak Mandaw, Rumah Bare Langie, Rumah Bunyau Liban, Rumah Divid Asson, Rumah Edi Makin, Rumah Egar Andil, Rumah Entiri Chaong, Rumah Gani Lansam, Rumah Gendin Metan, Rumah Gini Utiat dan Rumah Joseph Sada Ingan.

“Selain Rumah Leslie Wilson Empeni, Rumah Maisie Jambai, Rumah Malang Juni, Rumah Meni Chili, Rumah Ningkan Lansam, Rumah Nikoli Melly Juna, Rumah Patrick Andin Uli, Rumah Penga Mandaw, Rumah Ronnie Ugat Bangah, Rumah Taga Nawoh, Rumah Thomas Nyaring, Rumah Timban Metan dan Rumah Jawang Mat,” katanya.

Jabatan itu juga mengingatkan pemilik untuk memastikan anjing mereka sihat dan berumur sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mendapat vaksinasi antirabies.

“Mereka juga mesti membawa MyKad dan, jika ada, kad vaksinasi haiwan kesayangan turut diperlukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemilik haiwan peliharaan yang terlepas program ini boleh menghubungi pejabat bahagian DVSS pada waktu pejabat untuk temu janji bagi mendapatkan vaksin anjing mereka.

Mereka boleh menghubungi pejabat veterinar bahagian di Kuching di talian 082-628249, 082-628250 atau 082-628255, Serian (019-2045829); Samarahan (082-671221), Sri Aman (083-322106), Betong (083-471622), Sarikei (084-658129), Sibu (084-330224), Kapit (084-798280), Mukah (084-871050), Bintulu (086-335770), Miri (085-411866), Limbang (085-215879) dan Lawas (085-285085).

Pada 16 Januari lalu, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Sri Dr Stephen Rundi mengisytiharkan Bintulu dan Kuching sebagai kawasan jangkitan rabies.

Manakala, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Ooi Choo Huck pada 26 Januari lalu mengumumkan tiga kematian baharu akibat jangkitan rabies tahun ini iaitu dua di Kuching dan satu di Bintulu.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU