ARTIKEL

Program Ziarah Kasih Keluarga Malaysia santuni komuniti di kawasan Satok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik serta merapatkan hubungan sesama kaum, Program Jelajah Keluarga Malaysia bagi Parlimen Petra Jaya telah dilaksanakan setiap minggu.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan akan turun padang untuk membantu orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama sesuai dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya berbangga dengan penduduk di kawasan ini kerana walaupun mereka berbangsa Cina dan sebagainya, mereka tetap mempunyai kebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan lancar,” katanya pada sidang media selepas menyantuni komuniti dalam Program Ziarah Kasih Keluarga Malaysia, di sini, hari ini.

Jelasnya juga, pelbagai program telah dilaksanakan sebelum ini bagi membantu mereka yang tergolong dalam golongan B40 dan M40 termasuk di kawasan Tupong dan Samariang secara bergilir-gilir.

Hadir sama, Timbalan Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok Datuk Ibrahim Baki.

BERITA LAIN

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi

BERITA TERBARU