ARTIKEL

Projek baik pulih kawasan tanah runtuh siap sepenuhnya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Penduduk di Kampung Lobang Batu dan Kampung Sejijak boleh tersenyum lega apabila kerja-kerja membaik pulih kawasan tanah runtuh kini siap sepenuhnya.

Sebelum ini, penduduk menghadapi kesukaran kerana jalan perhubungan terputus dan tidak dapat dilalui sama sekali.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah memperuntukkan dana RM440,000 bagi memulakan kerja-kerja baik pulih kerosakan tersebut.

Projek siap sepenuhnya pada 18 April tahun ini dan mendapat kunjungan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr Simon Sinang Bada pada Selasa.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan dan JKR serta semua pihak yang terlibat kerana berjaya menyampaikan hasil kerja yang berkualiti untuk memudahkan semula urusan perhubungan jalan darat penduduk di kawasan berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU