ARTIKEL

Julaihi (depan kanan) semasa meninjau perkembangan Projek Bekalan Air Kanowit Fasa II.

Projek Bekalan Air Kanowit Fasa II bernilai RM78 juta dijangka siap Disember 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, memaklumkan bahawa Projek Bekalan Air Kanowit Fasa II di sini dijangka dapat siap menjelang Disember tahun ini.

Menurutnya, projek bernilai RM78 juta itu dilaksanakan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) dan sedang giat dijalankan ketika ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa projek itu yang dimulakan pada Ogos 2019 kini 85.2 peratus siap berbanding kemajuan yang dijadualkan sebanyak 92.6 peratus.

“Apabila siap kelak, projek ini akan meningkatkan tekanan air serta melancarkan bekalan air di Durin, Kanowit, termasuk kawasan Sibu Jaya, Nibong Tada dan Machan.

“Skop projek itu melibatkan pembinaan stesen penggalak Durin berkapasiti 1.5 juta liter sehari (MLD), tangki air bertingkat 3.5 MLD di Bukong Jagoi, dan pemasangan paip agihan sepanjang 55 kilometer (km) dari loji rawatan air Salim di Sibu ke Kanowit,” katanya kepada media selepas meninjau perkembangan projek tersebut di Jalan Bukong, Jagoi di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata pemasangan saluran paip kini hampir siap dengan hanya berbaki 5km lagi untuk dipasang.

Bagaimanapun, Julaihi mendedahkan kemajuan projek itu hanya ketinggalan atau mengalami kelewatan sebanyak tujuh peratus daripada jadual asal yang ditetapkan.

“Bagi saya, ia tidaklah teruk sangat dan kami berharap ia akan dapat berjalan lancar serta dapat siap menjelang Disember ini,” ujarnya.

Terdahulu, Julaihi serta rombongannya turut meninjau kerja-kerja pemasangan saluran paip di tapak projek di persimpangan Jalan Sibu-Bintulu di sini.

Turut serta ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU