ARTIKEL

Projek bekalan air terawat beri manfaat kepada 450 penduduk di Bukit Begunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) ke kawasan Bukit Begunan, Bahagian Sri Aman bagi menyediakan bekalan air terawat ke Selepong dan Gua telah diserahkan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk dilaksanakan di bawah Rolling Plan 5 (RP5), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata projek itu akan memanfaatkan kira-kira 450 isi rumah baru di Bukit Begunan dan kawasan sekitarnya.

“Melalui projek ini, kampung dan rumah panjang yang akan mendapat manfaat ialah Kampung Engkeramut, Kampung Nyelam, Kampung Po Ai, Kampung Penggau dan Kampung Batu Besi.

“Manakala dari Melugu ialah Kampung Panggil dan Kampung Selepong seterusnya dari Kampung Selepong Jinggau ke Kampung Gua serta Kampung Ran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang mengenai perancangan memperluaskan bekalan air terawat dari Bandar Sri Aman ke Selepong dan Gua pada persidangan DUN Sarawak ke-19, hari ini.

Tambah beliau, skop kerja yang terlibat di bawah cadangan BALB ke kawasan Begunan, Bahagian Sri Aman adalah pemasangan paip pelbagai saiz sepanjang 65 kilometer.

“Skop kerja ini juga melibatkan pembinaan tangki aras tinggi, stesen pam penggalak dan kerja-kerja yang berkaitan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU