ARTIKEL

Projek Darul Hana berjalan lancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam berkata, beliau gembira projek pembangunan Perumahan Darul Hana telah berlangsung dengan lancar dan mengikut jadual.

Kelancaran ini menurutnya, didorong oleh kerjasama pelbagai pihak termasuk ketua-ketua masyarakat, yang memberi kerjasama kepada Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (Pelita) untuk memberi tempat dan kehidupan yang lebih selesa kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Projek tersebut akan disiapkan pada tahun 2021 dan kerjasama semua pihak akan membantu proses perpindahan berjalan dengan lancar.

“Saya yakin Darul Hana akan menjadi model kepada pembangunan untuk seluruh negeri Sarawak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Iftar Ramadan Darul Hana 2019, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM17,600 kepada 176 penerima, yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, anak-anak asnaf, anak-anak yatim piatu dan orang kelainan upaya (OKU) dari 13 buah kampung di kawasan Kampung Seberang Hilir.

Majlis Iftar Ramadan Darul Hana merupakan aktiviti tahunan Pelita setiap kali menjelang Aidilfitri.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Darul Hana dan dibantu Jawatankuasa Keselamatan Kampung Seberang Hilir (JAKASEH).

Hadir sama isteri kepada Ketua Menteri, Datin Patinggi Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang, Adun Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU