ARTIKEL

Projek guna botol minuman kitar semula dihentikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LONDON: Lego telah menghentikan projek penghasilan produknya menggunakan botol minuman kitar semula dengan menyatakan bahan baharu itu akan menyebabkan pelepasan karbon lebih tinggi, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Gergasi mainan Denmark itu mengumumkan pada 2021 ia sedang membuat penyelidikan sama ada plastik PET, atau polietilena tereftalat – yang tidak merosot kualitinya apabila dikitar semula, boleh digunakan untuk membuat produknya.

Jika ini berjaya, bahan itu mungkin menggantikan akrilonitril butadiena stirena (ABS) berasaskan minyak, yang kini digunakan secara berkeping-keping.

Bagaimanapun, firma itu telah memberitahu Financial Times bahawa plastik PET akan menyebabkan pelepasan karbon yang lebih tinggi sepanjang hayat kerana ia memerlukan peralatan baharu.

Lego sebaliknya akan berusaha untuk menambah baik jejak karbon ABS, lapor akhbar itu.

Tim Brooks, ketua kelestarian kumpulan Lego berkata, plastik PET memerlukan bahan tambahan untuk memberikannya keselamatan dan ketahanan, serta kuantiti tenaga yang besar untuk memproses dan mengeringkannya. – Bernama 

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu