ARTIKEL

Image: Dayak Daily

Projek Jalan Padawan dijangka disambung semula dalam masa terdekat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Projek Jalan Padawan yang tergendala sebelum ini dijangka disambung semula dalam masa terdekat setelah proses tender projek itu diluluskan. 

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, kontraktor penyelamat telah membuat bidaan tender untuk meneruskan semula projek tersebut.

“Ketika ini sudah ada kontraktor penyelamat, lembaga perolehan telah menerima tender dari mereka.

“Jadi ia dapat bermula bila-bila masa selepas Tahun Baharu Cina,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 SK St Peter, Kampung Simpok di sini hari ini.

Bagaimanapun, Sagah yang juga Adun Tarat  tidak dapat memberi perincian lanjut berhubung kos tender tersebut. 

Terdahulu, projek Jalan Padawan yang bernilai kos RM80 juta tersebut tergendala berikutan masalah kontraktor di tapak binaan serta permintaan pampasan daripada penduduk setempat.

Impak Covid-19 menyukarkan pekerja kontrak dari Indonesia untuk masuk ke negeri ini menyebab kontraktor yang dilantik sebelum ini menarik diri daripada projek tersebut.

Justeru kontraktor penyelamat diperlukan untuk menyambung semula projek tersebut.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU

Miss Stellar World Malaysia Borneo 30 Jun ini

Mrs Global Asian 2023, Kimi Tomas menjemput orang ramai untuk menghadiri Miss Stellar World Malaysia Borneo 2024 (MSWM) Final di Grand Riverine Ballroom, Kuching pada

Perbincangan meja bulat

MESYUARAT Lembaga Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) kali ke-23 berjaya diadakan di Bilik Seminar Mulu, Raia Hotel, Kuching, pada 5 Jun lalu. Mesyuarat dipengerusikan