ARTIKEL

TINJAU PERMASALAHAN… Aidel dan Mohamad ketika melihat keadaan Jalan Bajau-Kupang, hari ini. Foto. OSMAN RAZALI

Projek Jambatan Pagan, Jalan Bajau-Kupang ditender suku kedua 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARATOK: Projek pembinaan jambatan menyeberangi Sungai Krian (Jambatan Pagan) dan Jalan Bajau-Kupang, yang masing-masing bernilai RM90 juta dijangka ditender suku kedua tahun ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, ia akan menyediakan laluan lebih dekat dari Kampung Kupang dan Bajau ke Pekan Saratok.

“Kedua-dua projek memang dalam rangka jadual untuk ditender.

“Jadi kita sangat berharap ia dapat direalisasikan untuk manfaat lebih 5,000 penduduk sekitar,” katanya kepada media selepas meninjau tapak projek di sini, hari ini.

Jelasnya, skop jambatan konkrit yang dicadangkan sepanjang 300 meter menghubungkan Pekan Saratok dan Kampung Kupang-Bajau.

“Ia turut merangkumi pembinaan keseluruhan jalan sepanjang tiga kilometer iaitu jalan baharu sepanjang 2.5 km dengan spesifikasi Jabatan Kerja Raya (JKR) R2.

“Dan menaik taraf jalan sepanjang 0.5 km juga dengan spesifikasi sama.

“Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti sistem perparitan, papan tanda, perabot jalan serta jambatan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,