KOTA SAMARAHAN: Projek pembangunan Kem Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) yang baharu dilengkapi prasarana akan dibina dalam masa terdekat.
Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata, kem markas tersebut akan dibina di Batu Kawa dan pembinaan dijangka bermula awal tahun 2024 dan dijangka siap pada tahun 2027.
Sementara katanya, pembangunan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) melibatkan empat projek juga sedang dilaksanakan.
“Ia merangkumi pembinaan 958 unit iaitu 190 unit di Kem Muara Tuang, Samarahan, 68 unit di Kem RASCOM, Sibu, 513 unit Kem Lok Kawi, Sabah dan 187 unit Kem Kabota, Sabah.
“Selain itu, PMTTD juga telah menerima peruntukan khas berjumlah RM16 juta bagi kerja-kerja senggaraan RKAT dan prasarana termasuk menaik taraf Pasar Dayak di Kem Penrissen,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam amanat sempena Perbarisan Perutusan Perintah Ulung Panglima Medan Timur Tentera Darat Ke-6 di padang kawad Kem Muara Tuang, di sini, hari ini.
Perbarisan ini diadakan adalah bersempena genapnya 100 hari pemerintahan Mohd Sofi.
Turut hadir, Panglima 5 Divisyen Mejar Jeneral Malek Razak Sulaiman, Panglima-Panglima Briged dan Pegawai Kanan MK PMTTD.
Dalam pada itu, Mohd Sofi berkata, sebanyak 26 buah Kenderaan Perisai 8 x 8 GEMPITA dari Wilayah Satu dipindah alih ke pasukan Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD), Kem Penrissen.
Katanya, satu kompeni Mekanise bersama Kenderaan Perisai GEMPITA di Sandakan, Sabah dan satu kompeni Mekanise bersama kenderaan Malaysian Infantry Fighting Vehicle (MIFV) di Lahad Datu, Sabah yang diletakkan di bawah perintah Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi, Sabah dikekalkan.
Selain itu katanya, rancangan mewujudkan pos keselamatan di Merapok, Lawas membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam mempertingkatkan tahap keselamatan di sempadan.
Perbarisan tersebut melibatkan seramai 27 orang Pegawai dan 456 orang anggota diketuai oleh Timbalan Komander Rejimen 510 Askar Wataniah Leftenan Kolonel Riyadhul Fuad Shafie dan turut menampilkan aset-aset tempur melibatkan Kereta Perisai 8 x 8 GEMPITA, Meriam 105mm Pack Howitzer dan G-Wagon.
Perbarisan tersebut turut menyaksikan Mohd Sofi menyampaikan sumbangan kebajikan kepada enam orang penerima anggota tentera serta waris

