Trending

Projek lampu jalan Samarahan siap tidak lama lagi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
JULAIHI NARAWI semasa meninjau projek lampu jalan di konstituensinya, semalam.

SEBUYAU: Projek lampu jalan di sepanjang jalan utama dekat Bahagian Samarahan yang menelan kos RM31.7 juta, dijangka siap tidak lama lagi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, ia membabitkan dua pakej yang dibiayai oleh Kerajaan Sarawak menerusi Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA).

KEMUDAHAN lampu jalan yang dibiayai oleh IRSDA.

Menurutnya, Pakej Satu yang menelan kos RM13.9 juta melibatkan tiga kluster.

“Pertama, di sepanjang Jalan Stakan, Jalan Pentagon dan kawasan Samarahan dengan 856 tiang lampu.

“Sementara kluster kedua bermula dari Jambatan Batang Samarahan sehingga ke pekan Asajaya mempunyai 362 tiang lampu.

“Kluster ketiga dari pekan Asajaya menuju Jambatan Batang Sadong mempunyai 568 tiang lampu,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam tadi.

Jelas ADUN Sebuyau itu lagi, Pakej Dua yang terbahagi kepada lima kluster menelan kos RM17.8 juta.

“Ia bermula dari Jalan Gedong menuju ke Jambatan Simunjan dengan 553 tiang lampu.

Diikuti kluster kedua dari Simpang Simunjan (Lebuh Raya Pan Borneo) menuju pekan Simunjan mempunyai 425 tiang lampu.

“Kemudian menuju ke Jambatan Batang Sadong mempunyai 601 tiang lampu, seterusnya ke Simpang Sebangan dengan 447 tiang lampu.

“Kluster kelima terus ke pengkalan feri Sebuyau membabitkan 701 tiang lampu,” ujarnya.

Tegasnya, ia dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi sebaik bekalan elektrik disambung ke semua tiang lampu.

“Apabila sudah siap kelak, akan menerangi jalan utama termasuk Jalan Pesisir di kawasan ini,” tambahnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru