ARTIKEL

Jalan ini akan ditar sebaik saja proses menembok selesai.

Projek naik taraf dua jalan di Meradong bagi kemudahan 90 keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Kerajaan melaksanakan projek naik taraf dua laluan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong bagi kemudahan lebih 500 penduduk.

Laluan itu melibatkan Jalan Kai Sing didiami 70 keluarga dan Jalan Sesco Lama yang dihuni 20 keluarga.

ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kerja naik taraf kini sedang rancak dilaksanakan dan dijangka selesai sepenuhnya tidak lama lagi.

“Keadaan jalan yang tidak sempurna menyukarkan pengerakan penduduk untuk ke jalan utama.

“Kita mengambil inisiatif menaik taraf laluan ini untuk kemudahan mereka sekali gus menjadikan jalan itu lebih selesa dan selamat untuk dilalui pelbagai jenis kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai pendekatan sedang dilaksanakan untuk meningkatkan kemudahan penduduk termasuk di kawasan kampung dan rumah panjang.

Perkara itu katanya, diberi perhatian serius bagi memastikan penduduk menikmati akses perhubungan lebih baik.

“Baru-baru ini, kita berkesempatan meninjau kerja baik pulih pembentung rosak di Jalan Kai Sing dan Sungai Labas.

“Kerja dilaksanakan oleh Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ),” jelasnya.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU