Projek naik taraf HUS dijangka selesai Jun depan

KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, melawat projek naik taraf Hospital Umum Sarawak (HUS) secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) dalam rangka lawatan rasminya selama dua hari ke negeri ini.

Menurut edaran siaran media, projek naik taraf HUS telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan menjadi Blok Pusat Rawatan Harian, merupakan yang pertama di Sarawak di bawah hospital kerajaan.

Selain itu, ia merangkumi Blok Meditel dan tempat meletak kereta bertingkat. Projek naik taraf itu dijangka siap pada Jun depan dengan kos RM351 juta.

Pusat Rawatan Harian menempatkan 64 katil, tujuh dewan bedah, tiga bilik endoskopi dan lain-lain dengan jangkaan 100 pesakit dirawat pada satu-satu masa.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Apr 2021

Suara Sarawak