ARTIKEL

Jabatan Tanah dan Survei (JTS)

Projek naik taraf Jalan Oya siap November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) komited memastikan Projek Naik Taraf Jalan Oya Fasa Satu siap mengikut jadual pada 25 November ini.

“Kemajuan semasa projek tersebut masih kekal mengikut jadual.

“Sehingga kini, kemajuan fizikal sebenar ialah 81.72 peratus berbanding kemajuan yang dijadualkan sebanyak 87.25 dan masih berada di landasannya,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Ujarnya, pencapaian penting berhubung penempatan semula dan peralihan utiliti sedia ada telah dicapai.

Manakala, baki kerja berhubung dengan saluran paip air oleh Lembaga Air Sibu dijangka siap menjelang Mei depan.

“Sehubungan itu, usaha pembinaan jalan tetap diteruskan seperti yang dirancang.

“Persiapan lencongan trafik sedang dijalankan bagi memudahkan penutupan laluan-laluan sedia ada untuk kerja naik taraf dijangka berlangsung pada Mei ini,” jelasnya.

Tegasnya, pihak JTS sentiasa komitmen untuk mempercepatkan projek dengan fokus yang teguh pada keselamatan, kecekapan dan mengekalkan standard kualiti tinggi.

Justeru, JTS berterima kasih kepada orang ramai atas pemahaman dan kesabaran sepanjang tempoh pembinaan ini dijalankan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU