ARTIKEL

Lee Kim Shin melakukan pemeriksaan semasa melawat ke tapak projek landasan dan jambatan udara di Lapangan Terbang Miri di sini hari ini

Projek naik taraf landasan Lapangan Terbang Miri siap November ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Projek baik pulih landasan yang terdapat di Lapangan Terbang Miri yang menelan kos sebanyak RM1.4 juta itu dijangka siap pada 26 November ini, dan landasan itu adalah lebih besar daripada yang sebelumnya.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, projek naik taraf landasan itu juga dijangka akan dilengkapi dengan jambatan udara yang kosnya berjumlah RM2 juta, dan sekali gus menjadikan keseluruhan kos projek adalah RM3.4 juta.

“Jambatan udara yang kita lihat sekarang adalah jambatan udara Bay 3 iaitu jambatan asal sejak 39 tahun lalu namun masih diguna pakai sehingga sekarang, dan landasan itu juga telah retak serta tidak sesuai untuk pesawat diletakkan di sana.

“Namun, selepas landasan itu siap, barulah mereka akan membina jambatan baharu, dan selepas itu akan ada dua jambatan udara yang akan diganti pada masa yang sama.

“Oleh itu, saya berharap menjelang Disember tahun ini nanti, keseluruhan projek landasan dan jambatan udara itu akan siap,” katanya pada sidang media semasa mengadakan lawatan ke tapak projek di Lapangan Terbang Miri di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keperluan bagi menaik taraf Lapangan Terbang Miri bagi menampung jumlah pergerakan penumpang yang semakin meningkat.

Mengulas lanjut, beliau berkata bahawa lapangan terbang itu dibina untuk menampung kapasiti maksimum sebanyak dua juta penumpang, namun ia telah mengalami peningkatan terutamanya selepas pandemik COVID-19.

“Seperti yang kita dapat lihat, lapangan terbang ini hanya mampu menampung dua juta penumpang setahun, namun pada tahun 2019, ia sudah melebihi angka maksimum.

“Pada 2019, lapangan terbang ini telah mencatatkan lebih kurang 2.4 juta penumpang, dan selepas COVID-19, ia merekodkan sebanyak 2.201 juta yang juga melebihi angka maksimum.

“Jumlah ini dianggarkan akan terus meningkat pada tahun ini, namun ia tidak mampu menampung penumpang yang semakin meningkat sekiranya ia tidak dinaik taraf.

“Dengan itu, kita mempunyai keperluan yang amat mendesak untuk menaik taraf lapangan terbang ini, dan kami berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Lee Kim Shin melakukan pemeriksaan semasa melawat ke tapak projek landasan dan jambatan udara di Lapangan Terbang Miri di sini hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan